Text
Pulang
Roman ini mengisahkan Tamin, seorang bekas Heiho (anggota tentera Jepun berketurunan Indonesia) yang pulang ke kampungnya di Provinsi Jawa Timur setelah tujuh tahun merantau. Sebaik sahaja dia pulang, kemiskinan dan kesusahan kehidupan desa yang menjemputnya. Ayahnya terkedang sakit. Ibunya dan adik perempuannya terpaksa memikul tanggungjawab seorang lelaki lantas ketiadaan Tamin setelah si ayah jatuh sakit. Lebih menyedihkan, tanahnya telah tergadai. Termasuklah segala haiwan ternakan. Tamin menghadap cabaran yang tidak kurang tingginya dari Gunung Kelud mahupun Gunung Wilis yang terletak berhampiran.rnrnKehidupan mesti diteruskan jua. Lagipun dia tiada ke mana lagi hendak pergi. Keluarganya memerlukan seorang jantan bagi memimpin mereka keluar dari kesusahan. Secara beransur-ansur, Tamin mula membina kehidupannya dan keluarganya. Kehidupannya dipajak semula di bumi kampungnya, dengan harapan rezekinya akan berbuah semula seperti tangkai-tangkai padi pada musim tuai.rnrnTetapi di jauh, rahsia yang pahit mula menjelma. Menghantui fikirannya dan jiwanya. Lama-kelamaan, rahsia itu ingin menonjolkan kepalanya yang hodoh. Dan berpotensi memusnahkan segalanya yang terbina di kampung halamannya. Serta berupaya mengugat rasa keberadaannya di kampung tersendiri. (Catatan diambil dari komentar akun bernama Shifak Razak Rajan di Goodreads.com)
No other version available